Sukan Orang Pekak Malaysia

Sukan Orang Pekak Malaysia atau SOPMA merupakan satu temasya sukan yang dikhaskan untuk warga pekak di seluruh Malaysia. Temasya ini dimulakan pada tahun 1985 dengan nama Kejohanan Sukan Antara Kelab Pekak (KSAKP).Melalui temasya ini, atlet-atlet pekak yang berbakat dalam sukan dipilih mewakili negara ke beberapa temasya orang pekak peringkat antarabangsa seperti Sukan Orang Pekak ASEAN, Sukan Orang Pekak Asia Pasifik dan Sukan Deaflimpik.[1]

Sukan Orang Pekak Malaysia

Laman sesawang Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia
Diadakan pada setiap dua tahun
Moto Ke Arah Melahirkan Atlet Pekak Yang Berdisiplin, Berdaya Saing Dan Bertaraf Dunia
Edisi pertama 1985 di Kuala Lumpur
Kegunaan Kejohanan pelbagai acara untuk warga pekak di Malaysia
Edisi terakhir 2018 di Perak